Pages

Thursday, December 17, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

Bagi tugasan individu pula, Prof Normaliza telah mengarahkan pelajar untuk mencari teks yang mengandungi 50 patah perkataan dan ke atas daripada laman Twitter Mufti Menk. Selepas itu, teks-teks tersebut perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.



1. Belajar bersikap adil. Yang Maha Kuasa mengasihi mereka yang adil. Kadang-kadang anda tidak menyukai seseorang berdasarkan apa yang orang lain katakan mengenai dia atau keterangan orang lain mengenai dirinya. Tetapi ternyata dia menjadi orang yang baik. Oleh itu, jauhkan diri daripada orang yang mempunyai tanggapan awal. Beri peluang kepada semua orang.




1. Kebenaran yang menyedihkan tentang kesusahan dan malapetaka adalah bahawa mereka yang mendedahkan sahabat sejati dan musuh sebenar anda. Siapa yang akan menolong anda? Siapa yang akan menjauhkan diri daripada anda? Siapa yang akan berada di sana untuk memberikan kata-kata yang baik? Mungkin anda hanya boleh mengira mereka pada jari di satu tangan! Itulah kenyataan.



3. Tidak kira apa pun keadaannya, jangan menyakiti orang lain. Jangan bersikap jahat. Anda tidak pernah tahu apa yang dilalui oleh orang seterusnya. Sekiranya anda tidak dapat mengatakan perkataan yang baik atau melakukan sesuatu yang menyenangkan, lebih baik diam. Begitu banyak kejahatan di dunia hari ini, anda tidak perlu menambahkannya.




4. Duduk bersahaja, membuang masa untuk bergosip dan menilai orang lain tidak asing lagi bagi ramai orang. Mereka lupa bahawa perbuatan seperti itu adalah dosa. Gunakan masa dengan bijak untuk memperbaiki diri. Ingat, hari esok tidak dijanjikan kepada sesiapa. Oleh itu, jangan buang masa anda dan mulalah mengatur semula keutamaan anda! 





5. Jangan biarkan syaitan membuat anda berasa ragu. Dia mahir dalam perkara itu. Keraguan menimbulkan ketidakpastian dalam hati dan fikiran anda. Ianya akan membuat anda berasa tidak selesa dan tidak tentu arah. Anda perlu kukuhkan iman anda dengan kuat dan mengawal kehidupan anda. Yang Maha Kuasa selalu ada untuk menstabilkan anda dan membuat anda kembali ke landasan!



Gambar di bawah adalah bukti kehadiran bagi kelas minggu ke-8.













No comments:

Post a Comment