Pages

Thursday, January 07, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

 1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan Melayu: Saya dapat melihat melalui anda bahawa anda adalah orang yang baik hati.

Bukti: Lirik lagu (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari


2. Teks Asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.

Terjemahan Melayu: Seorang rakan adalah ketika dia memahami anda tidak kira betapa sukarnya anda berusaha menjelaskan keadaannya.

Bukti: Lirik lagu (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna


3. Teks Asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.

Terjemahan Melayu: Sahabat yang baik adalah ketika dia tidak bersikap menghakimi kamu.

Bukti: Lirik lagu (Saya yang Istimewa)

Saya yang istimewa

Bersikap baik sesama manusia

Saya dilihat berlainan rupa

Semangat positif dikongsi bersama


4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Terjemahan Melayu: Tidak kira betapa bersedianya anda untuk menghadapi dunia, dunia akan sentiasa mencuba untuk membuat anda berasa tercabar.

Bukti: Lirik lagu (Saya yang Istimewa)

Saya dengan dunia

Belajar berdikari setiap masa

Hormati orang lebih dewasa

Satu perkara disanjungi bersama


5. Teks Asal: I am willing to share what I have with others.

Terjemahan Melayu: Saya bersedia berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain.

Bukti: Lirik lagu (Diri)

Saya belajar setiap masa

Sifat sabar diambil kira

Dugaan besar selalu ada

Dikongsi bersama keluarga


6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.

Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada pada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Jujurlah dalam semua perkara yang anda lakukan.

Bukti: Lirik lagu (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari


7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do you best.

Terjemahan Melayu: Berbuat baik. Sentiasa jujur. Bekerja keras dan lakukan yang terbaik.

Bukti: Lirik lagu (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari


8. Teks Asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan Melayu: Saya penuh dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Bukti: Lirik lagu (Saya Tahu)

Hati saya siapa yang tahu

Saya sendiri jadi keliru

Ingin menangis seperti selalu

Air mata keluar menderu


Saya tahu

Semua mahu

Soalan bertalu-talu

Senyum membisu


9. Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.

Terjemahan Melayu: Walaupun saya dicabar secara emosional tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk tidak membuat anda merasa beban.

Bukti: Lirik lagu (Saya Tahu)

Saya cuba memahami

Diri saya sendiri

Mengaoa jadi begini

Ayah dan ibu susah hati


10. Teks Asal: My parents will be happy when I am a better person. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya akan gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik.

Bukti: Lirik lagu (Keluarga)

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai


RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.






Berikut adalah bukti kehadiran bagi minggu 11.





No comments:

Post a Comment