Pages

Thursday, January 07, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU TERJEMAHAN VIDEO(11)



 

 

TEKS ASAL

Kita akan mula membincangkan tentang penulisan dalam bab 5 ya. Dalam bab 5 kalau kita lihat dalam buku ini, kita mempunyai 6 subtopik. Kita mulakan 5.1 pengenalan, seperti yang saya katakana sebelum ini, semua bab mesti mengandungi pengenalan dan kesimpulan. Namun, bab 5 kesimpulan diganti dengan penutup. Jadi pengenalan bab ini kita cuma huraikan apa yang terkandung dalam bab 5 ini. Seterusnya kita akan membincangkan tentang rumusan. Bahagian rumusan ini sebenarnya berapa jumlah objektif kita. Sekarang kita ada 2 objektif, jadi dalam rumusan maknanya kita akan membincangkan dalam 2 perenggan sahaja. Tidak perlu banyak perenggan, rumusan ini kita sudah pun kita bincangkan dalam bab 4, tidak perlu panjang lebar. Jadi,  kita mempunyai perenggan 1, perenggan 2 , kita rumuskan objektif 1 tentang mengenal pasti wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu, letak dalam 1 perenggan. Kemudian, letak menganalisis skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dalam perenggan kedua. Jadi ingat ya, dalam rumusan tidak perlu lagi kita menulis tentang apa data yang kita dapat, berapa orang sampel itu. Kita cuma letak apakah keputusan kajian tapi dengan cara rumusan maknanya secara ringkas sahaja. Namun, jika kajian kita berbentuk kualitatif maknanya dalam rumusan kita letak data keputusan sahaja tetapi bukan data yang kita peroleh. Yang itu kita boleh letak untuk  penomboran. Jadi perlu ingat dalam rumusan perlu ringkas dan tidak boleh sama dengan  rumusan dalam bab 4, kena berhati-hati disitu ya. Seterusnya kita masuk kepada implikasi. Implikasi ini ialah tentang apakah implikasi kajian yang awak peroleh ini, memberi manfaat kepada siapa? Kena senaraikan dalam bentuk perenggan juga. Implikasi ini agak berbeza dengan apa yang awak tulis dalam kepentingan kajian. Yang ini lebih terperinci lagi, kalau kita lihat kepentingan kajian dalam kalangan masyarakat keseluruhannya. Jadi dalam implikasi, golongan siapa? Pelajar sekolah rendah ke? Pelajar istimewa ke jadi kita kena rincikan dengan lebih teliti. Kemudian kita masuk 5.4 ya, kebaharuan. Ini perkara yang baharu yang mana biasanya tesis jarang kita dapat lihat tentang subtopik ini tetapi kita perlu wujudkan subtopik kebaharuan. Apa kebaharuan ini? Dalam bahasa Inggerisnya ialah novelty. Novelty ini penting ya, di mana kita akan menunjukkan apa perkara yang kita peroleh yang kita dapat setelah kita jalankan kajian. Kalau kita lihat dalam kajian ini ya, contohnya dalam animasi cerita rakyat Melayu ini yang diterbitkan  oleh Dewan Bahasa & Pustaka contohnya ya, dia terbit tahun 2020, baharu sahaja. Jadi tiada orang yang buat kajian ini hanya awak sahaja. Dan contohnya skrip animasi ini memang perkara baharu diberi pendapat oleh pelajar sekolah. Jadi perlu dihuraikan dalam 1 perenggan sahaja tentang apakah kebaharuan yang terdapat dalam kajian awak ini. Seterusnya 5.5 adalah cadangan. Cadangan ini biasanya pelajar buat silap dan salah sedikit. Boleh buat dalam bentuk subtopik, jangan letak perkataan metodologi lepas tu huraikan. Tidak jelas. Kena cadangkan tajuk. Contoh, kajian wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu, boleh cadangkan dalam skrip animasi ini ada lirik lagu. Bawah awak perlu buat huraian tentang apa yang dicadangkan ini. Barulah cadangan lebih fokus daripada 1 perkataan sahaja. Kemudian, 5.5.2 awak cadangkan perkara yang lain juga. Cadangan ini minima 3 dan maksima 5 kerana ada pelajar yang letak 1 sahaja dan menunjukkan kajian awak sebelum ini tidak lah begitu penting dan sampai tak ada lagi kajian lanjutan yang boleh cadangkan. Letak tajuk, beri huraian. Akhir, penutup. Penutup ini 1 perenggan sahaja iaitu awak perlu tutup bukan sahaja bab 5 tetapi keseluruhan tesis. Jadi perlu diingat ini ayat awak sendiri, tidak ada data dan rujukan. Ini ayat awak sendiri nak tutup kajian. Keseluruhan bab 5 ini biasanya 8-10 halaman, tidak perlu panjang kerana kalau dilihat pengenalan ringkas sahaja, kalau penutup baru seperenggan-seperenggan baru 1 halaman yang lain sahaja huraian. Jangan lebih-lebih, ada pelajar didapati ada sampai 20 halaman. Kadang-kadang banyak sangat halaman sebab rumusan ini, dia copy paste daripada bab 4 atau huraian entah mana dia dapat.  Ingat ya dalam rumusan ini tidak perlu rujukan lagi dah sebab kita nak merumuskan. Implikasi pun tak perlu rujukan, kebaharuan pun tidak perlu sebab bab 5 kebanyakan kita nak simpulkan keseluruhan kajian yang kita jalankan. Ok.


TERJEMAHAN INGGERIS

We will start discussing the writing in chapter 5. In chapter 5 if we look at this book, we have 6 subtopics. We start with 5.1 which is introduction, like I said before, all chapters must contain introduction and conclusion. However, chapter 5 of the conclusion is replaced by a cover. So in the introduction to this chapter we just describe what is contained in this chapter 5. Next, we will discuss the formula. Part of this summary is actually how many of our objectives are. Now we have 2 objectives, so in summary it means we will discuss in 2 paragraphs only. No need many paragraph, we have already discussed this summary in chapter 4, no need to describe too long. So, we have paragraph 1, paragraph 2, we summarize the objective 1 on identifying textual discourse animation script Malay folklore, put in one paragraph. Then, analyze the layout animation script Malay folklore among primary school students in the second paragraph. So remember, in the formula we no longer need to write about what data we get, how many people sample it. We just put what the results of the study are but by summarizing the meaning only briefly. However, if our study is qualitative in nature it means in the summary we put only the result data but not the data we obtained. That we can put for numbering. So keep in mind the formulation should be concise and cannot be equal to summary in chapter 4, be careful. Next we get into the implications. The implication is about what are the implications of this study that you obtained, to whom? Must be listed in paragraph form as well. This implication is quite different from what you wrote in the importance of the study. This one is more detailed, if we look at the importance of research among society as a whole. So in implications, which group? Primary school students? Special students? so we have to go into more detail. Then we enter 5.4, novelty. This is a new thing where usually the thesis we rarely see about this subtopic but we need to create a novelty subtopic. What is this novelty? In English it is novelty. This novelty is important, where we will show what things that we get after we do the research. If we look at in this study, for example in the animation Malay folk tales published by Dewan Bahasa & Pustaka example, he published in 2020, recently. So no one did this study only you. And for example this animated script is indeed a new thing given an opinion by school students. So it should be described in 1 paragraph only about what novelties are found in this study of yours. Next 5.5 is a suggestion. This suggestion is usually made by students who make mistakes and are a little wrong. Can be made in subtopic form, do not put the word methodology then explain. Not clear. Need to suggest a title. For example, the study of textual discourse Malay folklore animation script, the script can suggest in this animation are the lyrics. Below, you need to make a description of what is being proposed. Then the suggestion is more focused than just 1 word. Then, 5.5.2 you suggest something else as well. This proposal is a minimum of 3 and a maximum of 5 because there are students who put only 1 and show that your previous study is not so important and until there is no further study that can be suggested. Put a title, give a description. Finally, cover. This cover is 1 paragraph only i.e. you need to cover not only chapter 5 but the whole thesis. So keep in mind this is your own sentence, there is no data and reference. This is your own sentence to close the study. The whole of chapter 5 is usually 8-10 pages, it does not need to be long because if you look at the brief introduction only, if the new cover of the new paragraphs 1 page is just another description. Do not overdo it, there are students found up to 20 pages. Sometimes a lot of very pages because of this formula, he copy paste from chapter 4 or description somewhere he can. Remember yes in this summary there is no need for reference anymore because we want to formulate. Implications do not need a reference, nor do novelties need to be because chapter 5 most of us want to conclude the whole study we conducted. Ok.


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Selangor: Penerbit UPM.



Berikut adalah bukti kehadiran Minggu 11



Jangan lupa subscribe Youtube channel Prof N!





No comments:

Post a Comment