KALENDAR 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tugasan amali yang perlu disiapkan oleh para pelajar adalah menghasilkan kalendar bagi tahun 2021. Semua pelajar dikehendaki untuk menyiapkan kalendar ini menggunakan aplikasi Photoshop. Dalam menghasilkan kalendar tersebut, terdapat beberapa format yang telah ditetapkan untuk pelajar.
Perkara yang perlu ada pada muka hadapan kalendar adalah gambar latar, nama kalendar (Kalendar 2021), nama pelajar, nombor matrik, nama pensyarah dan kod serta nama kursus bagi subjek ini. Seterusnya, perkara yang perlu ada bagi setiap bulan dalam kalendar ini adalah gambar latar, bulan kalendar 2021 dalam bahasa Melayu, gambar (diri, keluarga atau rakan-rakan) dan kata-kata hikmah. Selain itu, saiz kalendar tersebut perlulah menepati saiz yang telah ditetapkan iaitu tingginya yang bersaiz 5 inci dan lebarnya bersaiz 7 inci. Akhir sekali, kalendar tersebut perlu disimpan sebagai PNG atau JPEG.
Pelajar diberi pilihan untuk menghasilkan kalendar tersebut berdasarkan kreativiti sendiri dan perlu mematuhi perkara-perkara yang perlu ada dalam kalendar tersebut. Penghasilan kalendar ini dibantu dengan baik oleh tutor bagi amali kursus ini iaitu En Akmal. Berikut merupakan hasil kalendar yang telah saya siapkan.
MUKA HADAPAN KALENDAR
BULAN JANUARI
BULAN FEBRUARI
BULAN MAC
BULAN APRIL
BULAN MEI
BULAN JUN
BULAN JULAI
BULAN OGOS
BULAN SEPTEMBER
BULAN OKTOBER
BULAN NOVEMBER
BULAN DISEMBER
No comments:
Post a Comment