Assalamualaikum
wbt.
Pertama sekali,
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang
telah banyak memberi ilmu khususnya dalam kursus Penterjemahan Berbantukan
Komputer ini. Dapat belajar dengan Prof sejak semester 4 lagi. Dan semester ini,
rasa bersyukur kerana dapat belajar dengan Prof Normaliza ataupun nama glamor
beliau ialah Prof N. sebelum saya menceritakan mengenai subjek ini, saya ingin bercerita
mengenai Prof N terlebih dahulu. Pada saya, Prof N ialah seorang yang sangat
tegas (saya pun takut lagi dengan Prof sampai sekarang). Tetapi, saya suka dengan
cara Prof N mengajar. Sebab apa? Walaupun tugasan yang Prof N arahkan tu
banyak, tapi at the end of the day, semua pelajar rasa sangat berbaloi. Paling
best, cara Prof N memberi perincian mengenai tugasan. Perkara tersebut mengajar
saya untuk berdisiplin dalam menghantar tugasan dan tugasan tersebut pula perlu
mengikut format yang telah ditetapkan. Misalnya, kalau Prof arahkan tajuk
tugasan tu huruf besar, huruf besar la semuanya. Jangan pandai-pandai nak tukar
arahan Prof N okay! Itu satu perkara. Bagi saya, ketegasan itu amat perlu untuk
mendidik bukan saya sahaja, tapi untuk rakan-rakan lain. Prof N menyediakan
tugasan tersebut sebagai persediaan pelajar untuk berlatih dalam alam
pekerjaan. Khususnya, dalam bidang penterjemahan. Seterusnya, saya suka dengan kaedah
pembelajaran Prof N walaupun kelas hanya dijalankan secara dalam talian, tetapi
Prof mengajar saya dan rakan-rakan bagaimana kami semua perlu bahagikan masa,
bahagikan tugasan dengan rakan-rakan lain untuk melakukan tugasan sama ada
secara individu ataupun berkumpulan. Mula-mula dapat tugasan, kekok betul nak
terjemah teks-teks yang diberi oleh Prof N. Apatah lagi, perlu terjemah satu
perkataan bahasa Inggeris kepada 3 maksud dalam bahasa Melayu. Mula-mula tu
terkial-kial jugalah nak membelek kamus hahaha! Saya salute dengan Prof N,
walaupun sedikit garang dan tegas tapi Prof N inginkan yang terbaik untuk semua
pelajar. Tapi, bagi saya, garang dan tegas tu bagus, sangat mendisiplinkan
pelajar hehehe. Walaupun malas ke apa, kena jadi rajin tau! Itulah perkara-perkara
yang saya kagum dengan Prof N.
Masuk ke
bahagian seterusnya, apa yang saya peroleh dalam kursus Penterjemahan
Berbantukan Komputer ni sebenarnya? Baiklah, banyak ya saya belajar dalam
kursus ini. Jujur lah ye, saya jenis buta IT sikit dan tak terlalu menguasai
bahasa Inggeris. Dalam subjek ni, nak taknak, kita perlu belajar bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu. Dah namanya terjemahan kan, mestilah melibatkan dua
bahasa. Apa yang menariknya, melalui kursus ni, saya belajar untuk mencari
pautan-pautan lain untuk membuat aktiviti terjemah. Misalnya, Google
Translation (kebiasaan yang orang ramai pakai) dan juga Microsoft Translation.
Selain itu, perkara yang penting dalam terjemahan ini ialah saya dapat belajar
macam mana nak gunakan track changes. Fuhhhh cakap mengenai track changes, pada
mulanya sangatlah lambat dan kekok nak guna. Tapi selepas beberapa tugasan yang
diberikan Prof N, alhamdulillah sekarang laju la sikit nak apply track changes
tu hahaha. Tapi tak adalah hebat betul. Biasa-biasa je. Seterusnya, saya belajar
bagaimana nak sesuaikan sesuatu quototation dalam bahasa Inggeris yang diterjemah
maknanya kepada bahasa Melayu, kandungan buku teks bahasa Melayu yang perlu
diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Semua tu Prof N ajar kami dengan sangat
baik. Latihan-latihan yang diberi sememangnya melatih saya dan rakan-rakan lain
untuk belajar lebih mendalam mengenai penterjemahan. Yelah sebelum ni, kalau
terjemah, ikut suka hati nak tukar maknanya tu. Tapi sekarang, dengan belajar
kursus ni, banyak ilmu yang saya dapat daripada Prof N.
Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof N kerana mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Semester ini agak sedih kerana tidak dapat belajar secara bersemuka dengan Prof N. Saya doakan supaya Prof N sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Tidak terbalas jasa Prof N yang memberi kami ilmu selama ini. Stay safe Prof N! Assalamualaikum.
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (13)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (12)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (11)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (10)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (9)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (8)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (7)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (6)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (5)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (4)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (3)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (1)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (1)
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS
- BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION (4)
No comments:
Post a Comment