Friday, March 06, 2020

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI

TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI





Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. 

Peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Hal ini kerana kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Selain itu, penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula merupakan peninggalan mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi dan morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau srategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau bunyi yang tidak mempunyai makna.


Menurut Normaliza Abd Rahim (2018), terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi. Pendekatan tersebut adalah singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian/percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan/pengabaian mesej, celahan, penangguhan (senyap, teragak-agak, bunyi, ketawa), terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa, dan meminta pertolongan. Pendekatan tersebut sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Pendekatan strategi komunikasi ini telah menyenaraikan semula serta mewujudkan pendekatan strategi komunikasi yang baharu dalam menganalisis dengan lebih tepat dan jelas.


RUJUKAN :

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi il...