Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020 : PENGENALAN BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI

Pengenalan Bab 2





Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

(Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Berdasarkan pengenalan di atas, dapat dikatakan untuk menulis sesuatu perkara memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Pada masa ini, kita tahu bahawa penggunaan teknologi semakin diperluas begitu juga dalam bidang pendidikan. Banyak platform yang digunakan untuk masyarakat menulis atau menyampaikan sesuatu perkara kepada masyarakat. Namun, disebabkan kurang keyakinan semasa menulis menyebabkan seseorang itu terbantut untuk menyampaikan penulisannya. Bukan itu sahaja, sikap negatif masyarakat ketika membaca sesuatu penulisan itu juga merupakan cabaran dalam dunia penulisan. Tidak semua masyarakat akan setuju dengan apa yang kita perkatakan, namun masyarakat pada masa ini perlu menunjukkan tindak balas yang positif.

Selain itu, pelajar lebih suka penglibatan secara langsung dalam aktiviti kerana merasa berasa lebih fokus dalam sesi pembelajaran bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar lebih selesa ketika bersemuka dengan guru dan dapat bertanya sekiranya tidak faham akan sesuatu. Pembelajaran secara langsung dapat mengelakkan salah faham antara guru dan pelajar. Sesi pembelajaran juga dapat dilakukan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan semasa proses pembelajaran.


RUJUKAN :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi il...