MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK
Lirik Lagu Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
saya tetap berhati-hati
meenjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Logo berdasarkan lirik lagu
Bukti logo dimuatnaik di Twitter
Bukti logo dimuatnaik di Facebook
HURAIAN TENTANG LOGO
Berdasarkan lirik lagu tersebut, saya melukis logo yang berkaitan dengan keluarga. Di dalam logo tersebut, saya sertakan 4 orang yang mewakili ayah, saya, kakak dan ibu. Lambang hati yang berwarna merah jambu memberi maksud kasih sayang “saya” terhadap keluarga saya. Dalam logo ini, saya dan keluarga saling berpegangan tangan yang memberi maksud kami sentiasa ada untuk keluarga kami dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain.
RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment