Sinopsis Cerita Sosial 1
Alim pulang ke kampung bersama
keluarganya. Mereka pulang ke kampung nenek dan datuk sebelah ibunya di Kajang.
Alim begitu gembira dan tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana ingin
bermain dengan ayam dan itik. Perjalanan mereka ke kampung mengambil masa 30
minit. Setelah Alim dan keluarganya tiba di kampung, Alim terus keluar dan
mencari-cari ayam dan itik. Namun, Alim tidak jumpa akan ayam dan itik tersebut.
Dia berasa sedih, marah lalu menangis. Alim berasa hairan mengapa ayam dan itik
tiada di kampung. Ibu, bapa, Abang Imran dan Kak Madinah sibuk mengeluarkan beg
dari dalam kereta. Tiba-tiba, nenek pergi ke Alim dan menunjuk ke arah
sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat datuk. Pada mulanya, Alim
sangka semua ayam dan itik sudah mati. Setelah melihat sekumpulan ayam dan itik
tersebut, Alim berhenti menangis. Dia tersenyum gembira dan tidak menghiraukan
nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim. Selepas itu, Alim masuk ke rumah
nenek dan dia berasa keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang
berlainan. Alim berasa sedih dan terus menangis kerana dia sangka rumah dan
datuk sudah tiada. Kemudian, nenek memujuk Alim dan menceritakannya keadaan
rumah sambil berjalan keliling rumah. Ibu, bapa, nenek dan datuk berasa sedih
melihat tingkah laku Alim yang menangis tanpa sebab. Alim menonton televisyen
bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah di ruang tamu. Kelihatan dari dapur
mereka ketawa sambil menonton cerita kartun.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.
No comments:
Post a Comment