Friday, March 06, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK


Asas grafik merupakan perkara asas yang penting dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Berdasarkan Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Multimedia Dalam Bahasa, terdapat lima eleman asas grafik dalam multimedia. 

1. Mudah
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Di sini bermaksud bahawa sesuatu gambar itu mudah difahami sekiranya gambar atau video yang dipaparkan itu menyampaikan mesejnya dengan jelas dan menimbulkan kekeliruan. Sekiranya gambar atau video tersebut menimbulkan kekeliruan, maka elemen mudah itu tiada dalam grafik tersebut. Sebagai contoh, sekeping gambar coklat bar yang terletak di atas meja. Seseorang yang melihat foto tersebut tahu dan mudah untuk fahami bahawa gambar itu adalah gambar coklat bar di atas meja.

2. Warna
Kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video (Normaliza Abd Rahim, 2019). Kebiasaannya, sebuah grafik seharusnya mengandungi tidak lebih daripada 3 warna namun dalam kebanyakan foto dan video, selalunya mengandungi lebih dari 3 warna. Penggunaan warna perlulah sesuai dan bergantung kepada mesej yang ingin disampaikan bagi sesuatu grafik tersebut. Sebagai contoh, sekeping gambar pemandangan di tepi pantai di mana gambaran lautnya berwarna biru, pasirnya coklat keemasan dan gambaran matahari terbenam yang berwarna oren senja. Kombinasi warna dalam pemandangan tersebut adalah sesuai dan orang akan faham tentang mesej iaitu pemandangan di tepi pantai pada waktu senja.

3. Teks
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan dalam teks itu juga perlulah sesuai dengan gambaran yang dipaparkan. Misalnya, penggunaan teks "Sedap hingga menjilat jari" pada iklan KFC memberi persepsi tentang keenakan makanan tersebut. Teks tersebut juga hendaklah ditulis menggunakan font dan warna teks yang sesuai untuk menarik minat pelanggan.

4. Kesesuaian
Kesesuaian dalam grafik didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto ataupun video (Normaliza Abd Rahim, 2019). Selain itu, setiap penggunaan watak ataupun bahan dalam grafik tersebut perlulah sesuai antara satu sama lain. Sebagai contoh, gambar sebuah keluarga sedang berkelah. Mereka berkelah di tepi pantai pada waktu petang sambil menikmati makanan yang dibawa dari rumah. Oleh itu, gambar itu dikatakan sesuai kerana berkelah sering dikaitkan suasananya itu di tepi pantai dengan menjamu makan bersama-sama. 

5. Keseimbangan
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video di mana ruang tersebut adalah ruang kiri dan kanan serta ruang atas dan bawah. 
Sekiranya gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik, maka ianya juga mempunyai elemen keseimbangan dalam grafik tersebut. Sebagai contoh, ruang sebelah kiri gambar terdapat beberapa bangunan yang agak padat seimbang dengan ruang sebelah kanan yang mempunyai perumahan-perumahan. Manakala bagi ruang atas terdapat awan yang luas berwarna biru seimbang dengan jalan raya yang ada kereta bagi ruang bawah gambar.



RUJUKAN :

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi il...