Friday, March 06, 2020

BBM3410Satu2020 : RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

BLOG DI DALAM KELAS BAHASA


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog dapat digunakan bagi tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Untuk kajian yang dijalankan, pelajar universiti akan menggunakan blog dengan menulis diari atau jurnal dalam bahasa yang dipilih. 

Berdasarkan Nowsoon (2006), blog merupakan laman web yang dikemaskini mengikut susuan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad. Kenyataan tersebut disokong oleh Levy (2009) yang menyatakan blog meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), terdapat 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian membaca, cerita menarik yang dapat menarik perhatian membaca, memastikan dapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan dan sebagainya. 

Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan sampel kajian yang terdiri daripada 60 orang responden lelaki dan perempuan yang secara sukarela daripada 6 kelas bahasa Melayu yang berpengalaman dalam menulis blog. Soal selidik yang diberi dianalisis dengan menggunakan peratus, di mana pendapat dari hasil temu bual akan dianalisis menggunakan kaedah analisis wacana oleh Brown & Yule (1983).

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Berikut merupakan dapatan bagi kajian tersebut.



Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan seperti genre sastera puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Keputusan menunjukkan kedua-dua responden lelaki dan perempuan mencadangkan puisi dalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog. Responden turut menyatakan bahawa menulis puisi adalah berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang.



Seterusnya, graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan wanita. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. 


Bagi dapatan yang ketiga berdasarkan graf 6.3, ia boleh dinyatakan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke daam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi dapat memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog.


Secara keseluruhannya, keputusan kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Kajian ini melibatkan pengajar untuk mempertimbangkan penulisan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain daripada itu, kajian ini juga membantu pengajar untuk mengambil kira kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi untuk berlaku dalam masa yang sama.



RUJUKAN 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi il...