Bahagian A : Rangka Strategi Kesopanan
Nurul Adila Riza Binti Saharudin (197319)
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan
dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua
bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan
bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi
kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep
‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua
interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah
positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka
positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri.
Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk Kawasan, kepentingan diri
dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk
merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang
mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987)
menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record,
kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record (tidak
langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.
STRATEGI
KESOPANAN
|
|
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu
tidak keberatan.
|
Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu,
mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak
diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak
dibenarkan.
|
Off-record
Wah,
semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal
betul harga kasut di sini.
Cantik
baju kamu.
|
Hari ahad yang lalu, bapa Alim membawa banyak buah-buahan seperti buah manggis, langsat, duku dan banyak lagi yang dibeli dari pasar tani. Madinah melompat-lompat gembira kerana banyak buah-buahan yang dibawa oleh bapa. Ibu mengarahkan mereka supaya meletakkan semua sampah ke dalam bakul sampah supaya rumah tidak kotor dan tidak bersepah. Alim bertanya kepada ibu untuk memberi buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Ibu bapa Alim sentiasa mengingatkan kepada Alim untuk berbuat baik kepada orang dan Alim praktikkan ajaran ibu bapanya. Selepas selesai makan buah-buahan tersebut, Alim membantu keluarganya mengemas rumah. Pada waktu itu, Alim terserempak dengan Ibu Sulaiman di luar rumah sewaktu Alim hendak membuang sampah. Ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana sudi memberikan buah manggis dan buah rambutan. Alim berasa bahawa berkongsi itu amalan yang baik. Oleh itu, dia berkongsi dengan keluarga Sulaiman. Alim suka berkawan dengan Sulaiman dan Mak Cik Timah juga memuji bahawa Alim adalah seorang anak yang baik. Selepas itu, Alim masuk ke rumah sambil melambai ke arah Mak Cik Timah. Kemudian, Mak Cik Timah memandang ke arah Alim yang berjalan masuk ke rumah dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Alim sekeluarga.
RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu