Tuesday, March 17, 2020

BBM3410Satu2020 : JENIS-JENIS FLATLAY

TUGASAN VIDEO : JENIS-JENIS FLATLAY







Video di atas merupakan tugasan video yang kedua bagi Lenggang Kangkung Production. Video tersebut memaparkan gambar-gambar yang diambil berdasarkan jenis-jenis flatlay yang berbeza. Jenis-jenis flatlay tersebut terbahagi kepada 4 iaitu Flatlay (90 darjah), Half Flatlay (45 darjah), Quarter Flatlay (22.5 darjah) dan Zero Flatlay (0 darjah).


RUJUKAN : 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Selangor. 

BBM3410Satu2020 : ASAS FOTOGRAFI


TUGASAN VIDEO : ASAS FOTOGRAFI






Video tersebut menunjukkan tugasan video yang pertama bagi Lenggang Kangkung Production. Gambar-gambar yang dipaparkan dalam video tersebut merupakan gambar-gambar berdasarkan asas-asas fotografi seperti siluet, kabur, pendua, bayang, over the shoulder dan bird's eye view. Setiap ahli dalam kumpulan terlibat dalam sesi penggambaran yang dijalankan bagi menyiapkan tugasan ini.



RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Friday, March 06, 2020

BBM3410Satu2020 : KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK



Gambar di atas menunjukkan post tentang kepentingan asas grafik yang telah saya muatnaik dalam akaun Instagram saya. Dalam kapsyen post tersebut, saya menjelaskan serba sedikit tentang 5 kepentingan asas grafik berdasarkan catatan dalam buku Multimedia Dalam Bahasa. Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada semua. 



RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK


Asas grafik merupakan perkara asas yang penting dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Berdasarkan Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Multimedia Dalam Bahasa, terdapat lima eleman asas grafik dalam multimedia. 

1. Mudah
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Di sini bermaksud bahawa sesuatu gambar itu mudah difahami sekiranya gambar atau video yang dipaparkan itu menyampaikan mesejnya dengan jelas dan menimbulkan kekeliruan. Sekiranya gambar atau video tersebut menimbulkan kekeliruan, maka elemen mudah itu tiada dalam grafik tersebut. Sebagai contoh, sekeping gambar coklat bar yang terletak di atas meja. Seseorang yang melihat foto tersebut tahu dan mudah untuk fahami bahawa gambar itu adalah gambar coklat bar di atas meja.

2. Warna
Kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video (Normaliza Abd Rahim, 2019). Kebiasaannya, sebuah grafik seharusnya mengandungi tidak lebih daripada 3 warna namun dalam kebanyakan foto dan video, selalunya mengandungi lebih dari 3 warna. Penggunaan warna perlulah sesuai dan bergantung kepada mesej yang ingin disampaikan bagi sesuatu grafik tersebut. Sebagai contoh, sekeping gambar pemandangan di tepi pantai di mana gambaran lautnya berwarna biru, pasirnya coklat keemasan dan gambaran matahari terbenam yang berwarna oren senja. Kombinasi warna dalam pemandangan tersebut adalah sesuai dan orang akan faham tentang mesej iaitu pemandangan di tepi pantai pada waktu senja.

3. Teks
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan dalam teks itu juga perlulah sesuai dengan gambaran yang dipaparkan. Misalnya, penggunaan teks "Sedap hingga menjilat jari" pada iklan KFC memberi persepsi tentang keenakan makanan tersebut. Teks tersebut juga hendaklah ditulis menggunakan font dan warna teks yang sesuai untuk menarik minat pelanggan.

4. Kesesuaian
Kesesuaian dalam grafik didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto ataupun video (Normaliza Abd Rahim, 2019). Selain itu, setiap penggunaan watak ataupun bahan dalam grafik tersebut perlulah sesuai antara satu sama lain. Sebagai contoh, gambar sebuah keluarga sedang berkelah. Mereka berkelah di tepi pantai pada waktu petang sambil menikmati makanan yang dibawa dari rumah. Oleh itu, gambar itu dikatakan sesuai kerana berkelah sering dikaitkan suasananya itu di tepi pantai dengan menjamu makan bersama-sama. 

5. Keseimbangan
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video di mana ruang tersebut adalah ruang kiri dan kanan serta ruang atas dan bawah. 
Sekiranya gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik, maka ianya juga mempunyai elemen keseimbangan dalam grafik tersebut. Sebagai contoh, ruang sebelah kiri gambar terdapat beberapa bangunan yang agak padat seimbang dengan ruang sebelah kanan yang mempunyai perumahan-perumahan. Manakala bagi ruang atas terdapat awan yang luas berwarna biru seimbang dengan jalan raya yang ada kereta bagi ruang bawah gambar.



RUJUKAN :

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

BBM3410Satu2020 : ANALISIS WACANA KRITIS

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS






VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap eleman mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktu mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.



RUJUKAN :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.



BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI

TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI





Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. 

Peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Hal ini kerana kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Selain itu, penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula merupakan peninggalan mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi dan morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau srategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau bunyi yang tidak mempunyai makna.


Menurut Normaliza Abd Rahim (2018), terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi. Pendekatan tersebut adalah singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian/percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan/pengabaian mesej, celahan, penangguhan (senyap, teragak-agak, bunyi, ketawa), terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa, dan meminta pertolongan. Pendekatan tersebut sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Pendekatan strategi komunikasi ini telah menyenaraikan semula serta mewujudkan pendekatan strategi komunikasi yang baharu dalam menganalisis dengan lebih tepat dan jelas.


RUJUKAN :

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020 : MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM 







Berdasarkan bab 4 tersebut, terdapat beberapa manfaat penggunaan Instagram yang dinyatakan dalam kesimpulan. Antaranya, Instagram membantu subjek kajian dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Perkara ini dapat memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Seterusnya, penggunaan Instagram juga dapat membantu mereka dalam mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Menurut Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016), Instagram juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Selain itu, penggunaan Instagram juga memberi manfaat kepada para pengajar. Ianya  akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Penggunaan Instagram juga dapat menyumbang kepada  pengguna Instagram itu sendiri dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Misalnya, pengguna tahu tentang bahasa dan kelakuan yang sesuai ketikan merakam video atau gambar.



RUJUKAN

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

BLOG DI DALAM KELAS BAHASA


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog dapat digunakan bagi tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Untuk kajian yang dijalankan, pelajar universiti akan menggunakan blog dengan menulis diari atau jurnal dalam bahasa yang dipilih. 

Berdasarkan Nowsoon (2006), blog merupakan laman web yang dikemaskini mengikut susuan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad. Kenyataan tersebut disokong oleh Levy (2009) yang menyatakan blog meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), terdapat 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian membaca, cerita menarik yang dapat menarik perhatian membaca, memastikan dapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan dan sebagainya. 

Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan sampel kajian yang terdiri daripada 60 orang responden lelaki dan perempuan yang secara sukarela daripada 6 kelas bahasa Melayu yang berpengalaman dalam menulis blog. Soal selidik yang diberi dianalisis dengan menggunakan peratus, di mana pendapat dari hasil temu bual akan dianalisis menggunakan kaedah analisis wacana oleh Brown & Yule (1983).

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Berikut merupakan dapatan bagi kajian tersebut.



Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan seperti genre sastera puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Keputusan menunjukkan kedua-dua responden lelaki dan perempuan mencadangkan puisi dalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog. Responden turut menyatakan bahawa menulis puisi adalah berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang.



Seterusnya, graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan wanita. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. 


Bagi dapatan yang ketiga berdasarkan graf 6.3, ia boleh dinyatakan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke daam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi dapat memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog.


Secara keseluruhannya, keputusan kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Kajian ini melibatkan pengajar untuk mempertimbangkan penulisan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain daripada itu, kajian ini juga membantu pengajar untuk mengambil kira kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi untuk berlaku dalam masa yang sama.



RUJUKAN 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu


BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi il...