Friday, May 01, 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Nilai Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa





Dalam cerita ini, saya telah kenal pasti terdapat 3 nilai yang terkandung dalam cerita ini. Nilai yang pertama adalah sikap suka berkongsi. Nilai ini dapat kita lihat apabila Alim bertanya kepada ibunya untuk memberi buah-buahan kepada jirannya, Sulaiman. Di situ kita dapat lihat sikap Alim yang suka berkongsi dengan orang lain tanpa berkira. Nilai yang kedua adalah sikap suka menolong. Nilai ini dapat dilihat ketika Alim menolong keluarganya mengemas rumah setelah selesai makan. Alim menolong dengan membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah. Sikap suka menolong Alim ini telah memudahkan kerja orang lain. Nilai yang ketiga adalah sikap menghormati orang lain. Nilai ini dapat dilihat ketika Alim berbual dengan Mak Cik Timah. Alim mengungkapkan perkataan dengan sopan santun terhadap Mak Cik Timah sehingga Mak Cik Timah berasa sangat gembira kerana Alim seorang anak yang baik. Oleh itu, kita patut mencontohi sikap Alim yang suka berkongsi, suka menolong dan menghormati orang lain. 


RUJUKAN :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi il...