Thursday, May 07, 2020

BBM3410Satu2020 : KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Kepentingan Asas Grafik





Asas grafik merupakan perkara asas yang penting untuk diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam peggunaan kamera, video serta bahan-bahan yang mengandungi grafik. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting untuk penyampaian mesej berbentuk grafik. Oleh itu, berdasarkan Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 5 kepentingan asas grafik iaitu menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi.

Kepentingan asas grafik yang pertama ialah menarik. Asas grafik penting untuk menarik minat masyarakat. Foto atau video yang menarik boleh meninggalkan kesan yang baik dan mesej kepada masyarakat tanpa rasa keliru. Kedua, mudah difahami. Grafik yang mudah difahami perlu dihasilkan kerana masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah untuk difahami tanpa berasa ragu-ragu ataupun keliru. Ketiga, mesej. Mesej yang ingin disampaikan amat penting dalam asas grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana mesej yang digambarkan dalam grafik tersebut akan meninggalkan kesan dalam kalangan masyarakat. Keempat, ketara. Foto atau video yang dipapar atau ditonton akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah dan begitu ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang mesej yang ingin disampaikan.
Kelima, promosi. Asas grafik juga penting dalam memberi kesan yang positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang ingin disampaikan. Promosi akan lebih berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto atau video.


RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi il...