Thursday, May 07, 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Cerita Sosial 3 : Keluarga Saya





Cerita Sosial 3 menceritakan tentang keluarga Alim. Terdapat 3 nilai yang yang terkandung dalam cerita tersebut iaitu sikap yang suka tolong-menolong, belajar bersabar dan rajin bekerja. Sikap yang suka tolong-menolong dapat dilihat apabila adik-beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Walaupun Aisyah iaitu adik Alim selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain, Alim akan tolong mengutip mainan tersebut dan mengemasnya. Seterusnya, sentiasa belajar bersabar. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim belajar bersabar untuk menyapu sampah walaupun kadang-kadang Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Dia belajar bersabar dan berjaya menghabiskan kerjanya. Akhir sekali, rajin bekerja. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim rajin mengemas rumah. Alim rajin bekerja dengan menolong keluarganya mengemas rumah. Secara keseluruhannya, nilai-nilai yang terdapat dalam cerita ini patut dicontohi oleh masyarakat untuk mempunyai sikap yang suka tolong-menolong, belajar bersabar dan sentiasa rajin bekerja.


RUJUKAN : 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu. 




No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi il...