Thursday, May 07, 2020

BBM3410Satu2020 : ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Bab 7 : Isu Dalam Rangkaian Sosial Dalam Kalangan Pengguna


Gambar di atas menunjukkan nota ringkas mengenai bab 7 yang bertajuk Isu Dalam Rangkaian Sosial dalam Kalangan Pengguna.


RUJUKAN : 
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Cerita Sosial 3 : Keluarga Saya





Cerita Sosial 3 menceritakan tentang keluarga Alim. Terdapat 3 nilai yang yang terkandung dalam cerita tersebut iaitu sikap yang suka tolong-menolong, belajar bersabar dan rajin bekerja. Sikap yang suka tolong-menolong dapat dilihat apabila adik-beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Walaupun Aisyah iaitu adik Alim selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain, Alim akan tolong mengutip mainan tersebut dan mengemasnya. Seterusnya, sentiasa belajar bersabar. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim belajar bersabar untuk menyapu sampah walaupun kadang-kadang Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Dia belajar bersabar dan berjaya menghabiskan kerjanya. Akhir sekali, rajin bekerja. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim rajin mengemas rumah. Alim rajin bekerja dengan menolong keluarganya mengemas rumah. Secara keseluruhannya, nilai-nilai yang terdapat dalam cerita ini patut dicontohi oleh masyarakat untuk mempunyai sikap yang suka tolong-menolong, belajar bersabar dan sentiasa rajin bekerja.


RUJUKAN : 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu. 




BBM3410Satu2020 : KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Kepentingan Asas Grafik





Asas grafik merupakan perkara asas yang penting untuk diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam peggunaan kamera, video serta bahan-bahan yang mengandungi grafik. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting untuk penyampaian mesej berbentuk grafik. Oleh itu, berdasarkan Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 5 kepentingan asas grafik iaitu menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi.

Kepentingan asas grafik yang pertama ialah menarik. Asas grafik penting untuk menarik minat masyarakat. Foto atau video yang menarik boleh meninggalkan kesan yang baik dan mesej kepada masyarakat tanpa rasa keliru. Kedua, mudah difahami. Grafik yang mudah difahami perlu dihasilkan kerana masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah untuk difahami tanpa berasa ragu-ragu ataupun keliru. Ketiga, mesej. Mesej yang ingin disampaikan amat penting dalam asas grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana mesej yang digambarkan dalam grafik tersebut akan meninggalkan kesan dalam kalangan masyarakat. Keempat, ketara. Foto atau video yang dipapar atau ditonton akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah dan begitu ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang mesej yang ingin disampaikan.
Kelima, promosi. Asas grafik juga penting dalam memberi kesan yang positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang ingin disampaikan. Promosi akan lebih berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto atau video.


RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malaysia.

Friday, May 01, 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Nilai Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa





Dalam cerita ini, saya telah kenal pasti terdapat 3 nilai yang terkandung dalam cerita ini. Nilai yang pertama adalah sikap suka berkongsi. Nilai ini dapat kita lihat apabila Alim bertanya kepada ibunya untuk memberi buah-buahan kepada jirannya, Sulaiman. Di situ kita dapat lihat sikap Alim yang suka berkongsi dengan orang lain tanpa berkira. Nilai yang kedua adalah sikap suka menolong. Nilai ini dapat dilihat ketika Alim menolong keluarganya mengemas rumah setelah selesai makan. Alim menolong dengan membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah. Sikap suka menolong Alim ini telah memudahkan kerja orang lain. Nilai yang ketiga adalah sikap menghormati orang lain. Nilai ini dapat dilihat ketika Alim berbual dengan Mak Cik Timah. Alim mengungkapkan perkataan dengan sopan santun terhadap Mak Cik Timah sehingga Mak Cik Timah berasa sangat gembira kerana Alim seorang anak yang baik. Oleh itu, kita patut mencontohi sikap Alim yang suka berkongsi, suka menolong dan menghormati orang lain. 


RUJUKAN :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Rule Of Thirds




Gambar di atas merupakan siaran saya di Facebook mengenai Rule Of Thirds dan swafoto. ROT juga boleh diaplikasikan dalam swafoto. Ketika berswafoto, wajah tidak perlulah diletakkan di tengah-tengah posisi gambar. Letakkan wajah kira-kira satu pertiga ke kanan atau kiri. Dengan itu, dapat dilihat keseimbangan imej dalam fotografi yang lebih baik.



RUJUKAN :

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020 : MEDIA SOSIAL : GAMBARAN KESELURUHAN

AKTIVITI BAB 1


Aktiviti 1 : Kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian



Aktiviti 2 : Kelebihan media sosial dalam kelas bahasa



Aktiviti 3 : Dua aplikasi media sosial dan kelemahannya



RUJUKAN : 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu




BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Prof Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi il...